Do use me

Google

Thursday, February 28, 2008

Bapa Borek Anak Rintik

Kononnya terdapat seorang kaki cerita handalan di sebuah kampung yang
sentiasa mendapat tumpuan ramai di mana saja dia berada. Suatu hari, ketika
pulang ke kampung setelah urusan di bandar, dia amat terkejut melihat orang
kampung sedang khusyuk memberi perhatian sambil mengerumuni seorang
penceramah. Senario dan gelagat orang ramai yang mengelilingi orang
berkenaan ternyata memberi gambaran yang tokoh itu bukan orang sembarangan.
Setelah didekati, penceramah baru itu ialah anaknya sendiri. "Nampaknya
anak aku dah lawan taukeh ni." bisik hatinya.

Suatu petang, penceramah ini mengajak anaknya bersiar-siar kerana agak
sudah lama tidak keluar bersama. Apabila berada diatas jambatan, tiba-tiba
penceramah itu terus terjun kedalam sungai dan hilang dari pandangan untuk
tempoh yang agak lama. Anaknya mula cemas, Namu, kebimbangan ini hilang
bila bapanya timbul semula. "Bapa pergi mana?" tanya anaknya segera.
"Itulah Mat, kau tak ikut aku, tadi masa bapa terjun ke dalam sungai,
rupa-rupanya ada warung teh tarik di dasar sungai. Itulah yang lama sikit
dalam sungai tu." mengarut bapanya. Mendengar kata-kata bapanya, si anak
pun terus terjun dan berada lebih lama lagi hinggakan si bapa pula resah.
Ketika di dasar sungai, si anak telah mencapai seketul batu dan
menggunakannya untuk melukakan kepalanya sedikit dengan sengaja. Apabila
dia timbul semula, si bapa bertanya kenapa kepalanya berdarah. "Itulah
bapa, tadi bapa minum teh tarik di warung sana tak bayar duit, bila mamak
tu tau saya anak bapa, dia terus memukul saya."

Si Gila

Suatu hari, seorang pesakit gila di Tanjung Rambutan diziarahi kaum
keluarganya. Apabila keluarganya hendak balik, pesaki gila telah berkata
kepada kawannya yang sama-sama gila.

Orang Gila 1 : Tengok tu, orang-orang gila tu dah nak balik.
Orang Gila 2 : Kenapa engkau kata mereka Gila?
Orang Gila 1 : Mereka tidak percaya yang aku nie Hang Tuah.
Orang Gila 2 : Tapi kau memang pun bukan Hang Tuah.
Orang Gila 1 : Apsal kau cakap aku bukan Hang Tuah?
Orang Gila 2 : Aku pernah bertarung dengan Hang Tuah di Istana Melaka, dia
tidak sedikit pun seperti kau.
Orang Gila 1 : Kau siapa sebenarnya?
Orang Gila 2 : Hang Jebat.........

Ponteng

Salim ingin ponteng sekolah, lalu dia berlagak sebagai bapanya an menelefon
pihak sekolah.

Salim : (Dengan suara kasar) Saya ingin memberitahu cikgu, yang Salim bin
Endot tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
Cikgu : Boleh saya tahu siapa bercakap?
Salim : Yang sedang bercakap ini bapa saya.