Do use me

Google

Monday, January 22, 2007

Bilik Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada
penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

gangster

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

Salah pukul lak

Seorang wanita telah membelasah seorang pencuri yang memasuki rumahnya.
Si pencuri terpaksa di rawat di hospital untuk beberapa hari kerana keadaannya
yang mengerikan. Setelah meminta penjelasan, ketua polis dengan penuh kekaguman
memuji kehebatan wanita itu.

Polis : " Ia mesti dirawat di hospital sekurang-kurangnya tiga minggu.
Mudah-mudahan dia sembuh. "

Tapi wanita tersebut kelihatan seakan-akan memikul beban yang amat berat.
Dia menarik nafas dalam-dalam.

Wanita : " Saya sama sekali tidak bermaksud menyakitinya, apalagi sampai
separah itu. Hal itu karena kekeliruan semata-mata, encik. "

" Kekeliruan ? ! " tanya Ketua Polis terkejut.

Wanita : " Ya, kekeliruan ! Tatkala ia berusaha masuk rumah melalui jendela
dapur saya sangka dia suami saya yang baru pulang dari bar. "

Racun

Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur... hanya tunggu masa hilang nyawa.
Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan
air mata keluar dari matanya.

Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.
"Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.

"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.

"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu,
teman baikmu, dan ibumu."

"Saya tahu...," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu..."

Wasiat suami

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...

Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

"Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

"Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..."

Friday, January 19, 2007

payung

"Andi adalah seorang yang sangat pelupa. Setiap hari dia pergi ke pejabat dengan membawa payung. Namun, dia pasti lupa membawa turun payungnya dari bas..

Suatu hari isterinya mengingatkan dia untuk kesekian kalinya.

"Abang.. harga payung cukup mahal dan kita telah membelinya setiap hari, ingatlah payung abang masa turun dari bas!"

Maka ketika andi hendak turun dari bas dia segera mengambil dan membawanya pulang ke rumah. Dengan gembira ia menunjukkan payung tersebut pada isterinya.

"Hari ni adalah yang istimewa bagi abang.. abang tidak lupa lagi membawa pulang payung ini!"

Tapi isterinya berkata, "Abang.. hari ini kan abang tidak membawa payung ke pejabat!"

Anak yang baik

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

Tak cukup tinggi

Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah... sedang jalan-jalan di sekitar ibukota.. Dalam poketnya hanya tinggal wang satu dolar sahaja... dan ketika malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan... kerana wang yang tinggal amat sedikit.. dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa.. Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar menginap satu malam.

Pemilik rumah tumpangan menjelaskan...

"Encik.. untuk bilik di di tingkat bawah.. kadarnya RM 60 satu malam.. kalau di tingkat dua.. RM 50 Semalam dan kalau di Tingkat tiga.. kadarnya RM 40 semalam.. sekarang encik pilih lah di tingkat berapa yang encik mahu..."

Tidak lama selepas itu.. pelancong itu hanya mengelengkan kepala dan meninggalkan rumah tumpangan tersebut tanpa berkata apapun. Lalu pemilik rumah tumpangan itu cuba bertanya sambil menjerit ke arah pelancong yang semakin jauh itu..

"Encik.. kenapa tidak jadi menginap?"

Sambil mengangkat bahu... pelancong yang kekurangan wang itu menjawab...

"Rumah tumpangan anda masih kurang tinggi"

Komunikasi

Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Manager nya...

"Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan berpakaian kemas.. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin saja."

Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua Jabatan..

"Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas.. Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."

Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..

"Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas.. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."

Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia..

"Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi."

Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya..

"Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan gerhana.. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.

Restoren

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter

"Itu nama pemilik restoran ini"

Pelupa

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala
hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara
fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan
diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala
perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan
lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry
dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa
pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Suzie dan Lily

Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak kecilnya... Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya..

Ketika melintas bahagian makanan... anak wanita itu merengek-rengek meminta dibelikan biskut... Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.. Anaknya mula menangis dan menjerit Dengan suara perlahan.. si ibu berkata

"Sabar Suzie... ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah.."

Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan.. anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.. Ibunya tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus menangis... Si ibu berkata..

"Sabar, sabar, Suzie... ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini"

Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran.. Anaknya masih menangis dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.. Si ibu dengan sabar berkata..

"Sabar Suzie.. kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi.. Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesai.."

Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu... Lalu dia pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian....

"Sungguh Luar biasa.. anda begitu sabar menghadapi si kecil Suzie" katanya.

Si ibu menjawab.. "Saya Suzie dan ini anak saya namanya Lily

Kirimkan berita dengan segera

Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah Dua hari berada dipulau itu... tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah... dan beberapa lagi cedera parah..

Petang itu... Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya...

"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar...

Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut...

Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan... bunyinya:

"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"

Pantun otromen

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di'fire' Ultraman
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih

Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di'fire' pula

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.

Monyet

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh...lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu...

Suami terbaik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Senyap...

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.

"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak."

"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, senyap le tuuu," kata doktor tersebut dengan sinis."

Betul atau salah

Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?" Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."

Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Takkan dihukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Burung Kakak Tua 2

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Jangan Menyampuk

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

3 Pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk
siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan
untuk
memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2
minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat
jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran
darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",
kata
pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh
cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok
idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

Orang Baru

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

Yang tu pun saye jugak

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Dah sampai ke blom ipoh ni....

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

Murid advance

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Nenek Udin

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

Monday, January 15, 2007

cucu & atok

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."

Atuk: "Tak sama apanyerr???"

Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"

Atuk: "?...?...?...?...?...?"

Rock uuuu....

Selepas konsert, sorang penyanyi ROCK dipuji oleh ahli2 bandnya sendiri:
Gitaris: Wah, dasat la ko jerit tadi.
Bass: Memang, masa praktis, ko tak tunjuk pun kt kami.
Drummer: Tapi apsal muka ko merah?
Vokal: (Malu) Aku terkena kejutan letrik kt microphone tadi!!

Lupa makan

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????

Bertenang

Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan. "Ada apa Pak Cik?," tanya pengawal hospital.

Lelaki itu menjelaskan, "Saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'."

"Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ....," kata si pengawal.

"Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!"

Papan tanda

Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain".

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan "oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

Burung kakak tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah...

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

Bengong

Malam Pertama Pasangan muda yang sama-sama masih perawan akhirnya menikah. Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak ada yang mau mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang harus dilakukan. Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya "Ayah, apa yang harus saya lakukan?" "Telanjanglah dan naik ke tempat tidur", jawab ayahnya.

Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya.Si pengantin perempuan terperanjat setengah mati melihat kelakuan suaminya, ia kemudian bertanya kepada ibunya. "Telanjanglah dan ikutlah suamimu", saran ibunya. Setelah berbaring beberapa lama, si pengantin lelaki pergi ke luar bilik dan bertanya lagi kepada ayahnya, "Apa lagi yang harus saya lakukan?" lalu ayahnya menjawab, "Lihatlah tubuh isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang paling keras ke tempat isterimu kencing!"

Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya kepada ibunya. "Apa yang harus saya lakukan?" Ibunya balik bertanya, "Apa yang sedang dilakukan suamimu?" Setengah mengeluh si pengantin perempuan berkata, "Ia sedang membenamkan kepalanya ke dalam mangkuk tandas!"

Istilah dalam Business

Apa itu MARKETING?

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku."

Itu adalah DIRECT MARKETING.

Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Ia sangat kaya,kahwinlah dengan dia."

Itu adalah ADVERTISING.

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan,"Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."

Itu adalah TELEMARKETING.

Anda tengah berada d sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?"

Itu adalah PUBLIC RELATIONS.

Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya."

Itu adalah BRAND RECOGNITION.

Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, Kahwinlah dengan aku." Lalu ia menampar muka anda.

Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK alias COMPLAIN

Canggih... USA, Jopon, Indon

Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna.. seorang amerika, seorang jepun dan seorang indonesia. Dikeheningan berada di dalam bilik sauna tiba-tiba dipecahkan dengan bunyi bip... bip...bip...., orang amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca
sesuatu... kedua si jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si amerika ni pun berkata.... "disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set...."

Maka kagum

la si jepun dan indonesia ni...seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut...tetiba si jepun pun
mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi...ibu jari nyer diletakkan di telinga dan jari kelingkingnyer di mulut....

Setelah habis menjawab maka si jepun pun berkata..." Oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan
menerima panggilan melalui jari-jari saya tanpa menggunakan handphone..."

Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si amerika dan si jepun.. si indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian..."Alamak apa yg boleh
aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni...?" Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang....

Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet....setelah selesai membuang... si indon ni kembali ke bilik sauna...akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas (air takde) maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer...

Dengan keheranan dan jijik nyer si amerika dan si jepun pun bertanya..."kertas apa yang terjuntai kat celah tu...?" Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer...."Oh saya baru terima Fax...dari client saya..."

Balas budi

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya
menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang
dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap,
jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya
menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

Tawar harga

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan... Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana
dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2
tahu
dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Timbang

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur
berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita
akan
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang
gadis
dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan
wang
RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan
montel
cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00..
mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang..
jangan
ramai-ramai!"

Nama ku.... Aisyah

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri
yang
sedang tidur nyeyak..Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan
senjata
tajam ke arah si isteri....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh
membunuhmu,"
lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia
berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang
menjadi
korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."

Versi yang mana? cepat? biasa?

seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan
badan.. seorg lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,

"kami menawarkan 2 program disini... RM 50 utk versi'biasa' dan RM
100 utk versi 'cepat'."

mamat tu pon berkata, " saya ingat yang biasa lah sbb saya ni baru nak
try kuruskan badan."

" ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab
penjaga kaunter.

mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. selang 2 minit
kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke
dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga
menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.

perempuan tadi berkata," kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat
apa saja dgn saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik
itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon
tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok
lalu pengsan.

apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati
beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nk turun berat bdn,..
memang berbaloi aku bayar RM 50 td"katanya seoarng diri.

keesokkan harinya dia datang semula ke tmpt tersebut. dia ditegur oleh
pemuda di kaunter. setelah diberi penerangan seperti semalam.. mamat
tadi memilih utk mencuba versi 'cepat' pula.

"baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.

setelah beberapa minit didalam bilik itu, datangla seorang body
builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body
builder itu berkata " saya akan kejar kamu dlam bilik ini, dan kalu
saya dapat ... ... hehhehheee"

Bambino

Seorang gadis cantik menghampiri meja pengawas perpustakaan di Sebuah Perpustakaan Umum.

"Minggu lepas saya meminjam sebuah buku, tapi itu adalah buku yang paling membosankan
dalam banyak buku yang pernah saya baca sebelum ini. Tidak ada cerita sama sekali.. juga terlalu
banyak watak didalamnya... pelik sungguh!"

Pengawas perpustakaan menyahut...

"Oh, pasti Andalah orangnya yang telah mengambil buku telepon kami."

Lagi anak bertuah

Semalam saya dan isteri mengundang beberapa orang untuk makan malam di rumah. Isteri saya pun sejak pagi sudah mempersiapkan segala masakannya. Ketika semua tetamu telah datang, ia menyuruh anak kami yang berusia 6 tahun untuk memimpin doa sebelum makan.

"Afiq, kamu pimpin baca doa ye Afiq"

"Tapi mak, doanya macam mana?" jawabnya.

"Katakan saja apa yang biasanya Ibu katakan," kata isteri saya.

Afiq segera menadah tangan dan berkata ...

"Ya Tuhanku, kenapa saya harus mengundang orang-orang ini makan malam?"

Ahli silap mata & burung

Seorang ahli silap mata mempersembahkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya sentiasa berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulangi tipu helah yang sama.
Masalahnya adalah, Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan mengetahui segala helah yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.

"Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"
"Hey... semua daun terupnya,daun A !! "

Si ahli silap mata sangat meluat tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung-apung di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah perkataan pun. Hal ini berlangsung berhari-hari. Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri. Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"

Saper punyer kerja?

pada suatu hari ada seorang pekerja dan bossnya hendak pergi ke bandar X.pada mulanya merek bercadang untuk menggunakan kapal terbang untuk menjimatkan masa.tetapi tiket telah habis di jual.lalu mereka pun terpaksa menaiki keretapi.setelah membeli tiket mereka pun memasuki keretapi tersebut..setelah lama mencari tempat duduk.doirang pun dapat lah duduk depan seorang nenek dan seorang cucu perempuannya yang jelita.pekerja dan boss nya terpikat dengan wanita itu.akhirnya keretapi itu pun berjalan menuju ke bandar X.dalam perjalanan itu mereka melalui sebuah terowong yang panjang dan gelap.seluruh penumpang bergelap sekatika.sewaktu keadaan gelap itulah mereka berempat mendengar bunyi ciuman dan satu tamparan.selepas melalui terowong itu mereka hanya senyap.masing masing tengah berfikir.nenek tua itu berfikir didalam hatinya."padan muka orang depan aku ni.sapa suruh cium cucu aku.kan cucu aku dah tampar.hish tahu pun malu."perempuan itu pula berfikir "ish apa lah nenek ni.biarlah org kaya itu cium aku.bukannya lebih lebih pun.kesian dia kena tampar nenek.garang jugak nenek ni yer"majikan pula berfikir"ish apa lah nenek ni.pekerja aku yang cium aku yang kena tampar. perit pulak tu. nasib baik org tua .kalau tak mampus jugak dia ni"pekerja itu berfikir"ish seronoknya aku,dah ler dapat cium perempuan ni.pastu dapat lempang boss aku pulak tu.hai.kalau lah diorang tahu mampus aku".

Isteri Contoh

Seorang perempuan menemani suaminya untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Ketika pemeriksaan selesai, doktor memanggil perempuan tersebut untuk
menceritakan keadaan
suaminya, berdua saja.
"Suami puan menderita penyakit yang cukup teruk, dia terlalu banyak
menerima tekanan...
Jika puan ingin suami puan tetap hidup, lakukan panduan2 yang saya
berikan," kata doktor.
"Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Layan suami dengan baik dan lembut.
Untuk makan tengahari.. buatkan menu yang lengkap zatnya. Malam harinya
sajikan makan malam
yang spesial. Jaga perasaannya, jangan bebani dia dengan kerja rumah dan
jangan membebel.
Jika Puan tidak melakukan nasihat saya ini.. puan akan kehilangan suami,"
tambahnya.
Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isterinya,
"Apa kata doktor tentang penyakitku?"
"Abang tetap akan meninggal..." balasnya selamber..

Anak bertuah

Seorang ibu sedang sibuk di dapur mendengar anaknya yg baru berusia sepuluh
tahun bermain di ruang tengah. Si ibu mendengar anaknya berkata begini...
"Para penumpang.. Encik2 dan Puan2 keparat sekalian.. dipersilakan naik ke
pesawat dan duduk dikerusi masing2.."

Si ibu terkejut, bergegas mendatangi anaknya dan berkata :
"Nak ooo Nak.. kan ibu dah kata.. jangan gunakan kata-kata kotor seperti
itu. Sekarang.. engkau kena hukum... berdiri diam di dapur selama 2 jam!"
Dua jam kemudian hukuman pun berakhir.
Si anak terus saja meneruskan permainannya. Si Ibu di dapur kembali
mendengar anaknya
berkata-kata dalam permainannya itu...
"Para Penumpang.. Encik2 dan Puan2 yg dihormati. Sebentar lagi pesawat kami
akan terbang. Silakan Naik dan duduk ditempat masing2... Selamat menikmati
penerbangan kepada Encik2 dan Puan2 yang terhormat"
Ibu yg di dapur tersenyum puas.. tetapi kemudian didengarnya lagi anaknya
meneruskan ucapannya,
"Bagi yg ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat DUA JAM... Sila
protes kepada wanita jahanam yg kini berada di dapur!"

Pantun Jopon

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
membazir tak masa?

Badang Moden

Pader suatu hari ader seorang pemuder bernamer Badang. Dia adalah seorang nelayan, kerjanyer menangkap ikan...yelah..kater nelayan mestilah tangkap ikan takkan nak tangkap katak pulak. Dia selalu
memasang lukah (lukah tu macam trap yg diletak di dalam air) di tepi sungai. Hari-hari mesti ader ikan yg tertrap kat dalam lukah yg dipasangnyer. Beberaper hari yg lalu lukahnyer selalu pecah dan ikan-
ikan yg berader didalamnyer selalu hilang. Dia menjadi musykil dan marah...dia ingin tahu siapakah yg mencuri ikan ikan nyer.

Pader suatu hari dia menghendap di balik belukar untuk menyaksikan satu persembahan misteri ikan yg ilang. Dia tunggu punyer tunggu sampai ke senja. Tetiber ader satu angin yg maha kuat meniup....nun di sebelah saner ader satu lembager keluar dari semak samun berjalan menuju ke tempat di maner lukah itu di pasang. Badang terus menghendap. Dia lihat ader seekor jembalang menarik keluar
lukah dan membaham sumer ikan ikan yg ader di dalamnyer. Dengan perasaan yg teramat marah dia terus menerkam ke arah jembalang itu,

"Hoi!...kakak kao punyer laks!!! ...Saper suruh kao curik ikan ikan aku hah???" sambil mengacukan parang ke arah muker nyer "Errrrr...so...sori brader ..i ..i tak sengajer" rayu jembalang itu

" Sekarang kao mesti mati!" herdik Badang

"Nanti dulu!....i can give u anything that u want ....if u spare my life" balas Jembalang itu.

"Ok...aku nak jadi maknusia yg terkuat sekali di dunia ini" pinta Badang

"Ok..boleh bang...no problem...tapi syaratnyer abang mestilah makan .....UWEEEEEEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKK!!!" Jembalang muntah dengan banyaknyer.

Badang menadah muntah itu dengan kedua dua tangannyer...meleleh leleh membasahi lengannyer....muntah yg kalernyer kekuningan lagi pekat itu mengeluarkan bau hanyir yg cukup kuat....Badang menghirup muntah itu bersungguh sungguh sambil menjilat belen belen yg terlekat dibibirnyer dengan niat nak jadi kuat. Setelah abis muntah, jembalang itu bersuara lagi,

"As i was saying just now...abang kalau nak jadi kuat abang kenerlah makan akar akar kayu nie......sori tadi tekak loyer jadi termuntah sikit.

Cair...

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri
Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa
saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki
tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang
maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak
kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri,
Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.
Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika
puteri dapat memegang sesuatu yang takkan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun
tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri,
Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa
sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan
kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda
masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian,
pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling
keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,
bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye
logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam
dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah
digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar
lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda
yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah
lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa
pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket
hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket
hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu
hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri
berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan
kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?

Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe.....

BENDA ITU IALAH------

COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!
KORANG INGAT APA???? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...

HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEH "

Kantoi lak...

Pada satu hari,si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah
bergaduh besar dengan maid indonesianya...


maka si suami dengan hati yg suci
ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka bertanyalah si
suami ngan suara yg lembut pada isterinya..


"Apa hal ni!!!!! Yang... . kenapa bising2 ni"... ..

jawap si isteri dgn nada marah...

"ni hah!!!!! seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2)yang
curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat Beijingtuhh!!! "


Disambut pulak oleh si suami ... ." alahai Yang ni, takkanlah sebab hilang satu helai
seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan.Dah, dah,nanti Abang
belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi... "


Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hatisangat, ni yang hilang
tu , 10 helai tau... ... 10 helai!!! (sambil tunjuk jarisepuluhnya)"


Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusinglah dia pada Tuti yg
terkebil2 sejak tadi... dgn suara yg lebih lembut lagi ,sisuami
bertanya... .


"betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ?
Ingat... .kamu mesti bercakap benar!!!" Si Tuti dengan muka yang ketakutan
dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah.....


" tapi... tapi... tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar
dalam!!!!! "

hihihih~~~

Usia...

Setelah menjalani pembedahan yang serius dan lama, Lina mengalami keadaan koma.
Dengan berbagai cara, para doktor tidak dapat menyedarkan dia kembali.

Ketika Din.. suaminya.. datang ke bilik ICU untuk melawat Lina, isterinya, para doktor memberitahu berita buruk tersebut.

"Kami tidak dapat menyedarkan dia." kata seorang doktor dengan suara lembut dan wajah muram kepada Din.

"Tak pe la Doktor.. biar saya cuba pula..." Jawab Din

Lalu Din menghampiri Lina dan berkata dengan nada sedih...
"Sayang... hari ni genaplah harijadi awak yang ke 55"

"29.." terdengar jawapan yang lemah dari Lina.

Jodoh...

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?
Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai
saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'...
apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seornag gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ...."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz?"

Ustaz : "BERCERMIN!"

Polis Trafik

Peristiwa polis trafik d perbodohkan....

Trafik : Kenapa kamu langgar pokok tersebut?

Pesalah : Mane saya tau encik....

Trafik : Macam mane kamu tak tau plak?

Pesalah : En. nampak tak pokok tuh...

Trafik : mestilah saya nampak!!! kenapa?

Pesalah : Tadi masa saya langgar....langsung tak nampak...

Trafik : ???????

Sape lagi bijak

Ada 4 orang sahabat. Mereka duduk satu rumah dan belajar di pusat pengajian tinggi yang sama. Nak di jadikan cerita, mereka ni unaware hari khamis itu satu test, kira last minute lah baru tahu (biasalah, student ni kadang-kadang, ponteng, lepas itu tak nak tanya2kawan-kawan) . So, mereka berfikir lah, macam mana nak elakkan daripada mengambil ujian pada hari tu.nak kelentong professor lah ni. Ada seorang tu, cadangkan rumah terbakar lah,tapi ada yang bantah.macam
tak logik sangat, banyak laks soal jawab nanti dengan professor. Last2, dapat idea yang mereka fikir sangat bagus. Salah seorang itu telefonlah si professor itu. Cakap sebiji tayar kereta mereka pecah. sekarang mereka kat highway, tak sempat nak sampai on time (kira jauh lah). Professor pun setuju lah menangguhkan ujian ke hari isnin depan. lega... Mereka fikir, sempat lah nak study kejap. Hari Isnin pun sampai. Ujian tu professor buat kat bilik dia. Yerla,4 orang saja. Senang nak monitor kalau2 ada lah yang nak meniru2 ke, bincang jawapan ke. Ujian pun bermula. Ada2 soalan saja.

Soalan pertama,1 markah.
wah, sikit saja. Professor tanya apa nama subjek ujian yang mereka tengah ambil ni.OK. senanglah kan.
Soalan 2, 99 markah. Ha, ambik kau.terkejut....
Cubateka apa soalan yang professor itu bagi ?




Soalan ke 2 : tayar kereta belah mana yang pecah ? Macam mana nak jawab?
Jawapan tak boleh bincang. Kalau seorang jawab depan kiri, seorang
jawab depan kanan, yerlah, ada 4 kemungkinan kan, professor boleh detect
lah mereka menipu...... he he he, tu lah, lain kali jangan tipu
professor.

Bos dan pemandu

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Kereta baru

Agus baru saja membeli sebuah kereta baru. Dia sangat menyukai kereta tersebut. Setiap dia membawanya dia selalu merasa bahagia dan tidak peduli akan sekelilingnya.

Suatu hari dia sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah mall. Agus sangat menikmati saat-saat membawa kereta barunya itu. Sedang asyik memandu, dia merasa ada yang tidak kena. Sepertinya ada yang ketinggalan di mall tadi. Dia lalu berhenti dan memeriksa semua belanjaannya. Tetapi tidak ada satu pun yang terlupa.

Setelah yakin bahwa tidak ada yang tertinggal, dia menjalankan keretanya lagi. Beberapa minit kemudian dia berhenti lagi untuk memeriksa dompet dan lesenlnya. Ternyata masih ada.

Akhirnya dia bertekad bahawa itu hanyalah perasaannya saja. Dan dia pulang dengan hati tenang. Ketika ia sampai di rumah dia langsung disambut oleh anaknya. Tidak lama kemudian anaknya dengan hairan bertanya,

"Papa..., Mama mana?

Lembu gak yg kena

Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat pembiakan lembu Australia . Di depan hadirin.. seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini..

"Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari."

Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri menteri itu berbisik ke telinga suaminya.. "Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang..!"

Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depan nya tadi meneruskan penerangan.. . "Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!"

Menteri dengan senyum membisiki telinga isterinya.. "Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. bukan dengan satu betina saja.."

Hak sape?

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."

Viagra

seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'.

'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut.

'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!'

'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi.

'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'.

sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'

'oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.

'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.

'yelah.. mana saya nak letak muka denpan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama

Burung

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu
pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah
keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan
mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "bukan
itu maksud saya"

Lalu di ajukan soalan yang lain.. "maksud saya adalah, siapa yang pernah
lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya
masih tidak betul, maka dengan muka merah
padam dia menyambung "maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi di cuba
bertanya "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan
miliknya"

Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga
makin gugup, segera berkata lagi "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu
pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung
saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang
lain, maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut
lari, menyesal tanya.

Surat untuk abg

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung.Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. Abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan
disini...

Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. Sebab tu
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. Sampaikan abang dah
terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah
masuk 3 malam... Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau
ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam ak sesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada,
ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata
ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling
menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut
orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. Ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah
bukak ayang baliklah dengan anak-anak.. pesanan ayang...

DAN... YANG TERAKHIRNYA...
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.


Dari Ayang...

Dah lembu tu lembu gak...

Alkisahnya, Lembu yg satu ni telah pergi kekedai emas. "Cik, ada
rumput tak?", tanya si Lembu ni. "Oit? Ni kedai emaslah. Kami tak
jual rumput!", kata tuanpunya kedai emas itu. Hari kedua pun gitu, si
Lembu itu bertanya "ada rumput tak?"..

Ish. entah apa gamaknya, Hari2 lembu ni pergi kedai emas itu dan
bertanya soalan yang sama. "ada rumput tak?", Sampai naik fed up tuan
punya kedai itu. Pada hari yg ke 14, dek sebab bosan sangat, tuan
punya kedai itu telah memberi amaran pada si lembu ni, "kalau ko
sebut lagi rumput, aku akan ikat kaki tangan ko dengan tali belati
dan pastu aku akan sembelih ko dengan kapak", kata tuanpunya kedai
emas itu dengan amat marahnya!

dua minggu, Si Lembu tak menjengah kedai emas itu. Entahkan takut
entahkan sakit. sampai naik rindu pulak situan kedai itu.

Namun pada hari ke 14 berikutnya, si Lembu itu muncul kembali. "cik!
ada tali belati tak?", tanya si Lembu itu. "Tak ada! kami jual emas
sahaja", jawab tuanpunya kedai itu.
"ada kapak tak?", tanya lembu iu lagi.
"TAk ada!.... Eh yg ko tanya tali belati dan kapak ni, apasal?",
tanya tuan kedai

"ada rumput tak?", tanya si Lembu

LOmbo tu cam siott!!! wakakakkakak!!!! akhirnya nak gak tanya pasai rumput..
Kalo dah dasar lombu tu... lombu gak...wakakakak!!!!

Konflik

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

Gadis Cun

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana."
Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan saya nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan," jawab kapten.

Pak Pandir ke kebun

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Makcik dari kampung

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.
Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan
ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la," Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah.
Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."

Hukuman Mati

Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti.
"Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden berkata.
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.
"Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya.
Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, "Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."

Warga emas

Renongan serta pedoman di hari tua untok sama sama kita hayati...

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru
masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit
perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan
saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan
isterinya, pas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang
selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan
menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... Abang
selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si
suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?" Dengan marah suaminya
menjawab, "Nak gi amik gigi ...!"

Fakta

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.


Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut
ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau
udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez
yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin
yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud
ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar
kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi
adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi
tentunya besarnya juga tidak sama.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu
kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana
kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah
membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak
sembahyang tiada gunanya


Huahhh... Huahhh.... Huahhhhh.....

Man Dol

PART I
Cikgu Berahim, guru sebuah sekolah Agama sedangmengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Sepertibiasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot.Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalumenggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyikmemerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba²memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yangbernama Man Dol.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah".
"Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,
Cikgu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III
Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART IV
Sepertibiasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. CikguBerahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajarbab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Cikgu) selalu memintamuridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu : Adasesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnyemengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol.

Man : Ada Cikgu. sayaada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!


PART V
Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, Cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, Cikgu
Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, Cikgu...
Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Sembahyang punya pasal

Kalau Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....!

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah!Pergi buat kerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss: Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

Peribahasa

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya: maknernyer . . .

maknernyer................

maknernya.................


Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC......


Pergi lah buat kerja!!!!!

Semua!!

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

Senyum

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat
punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu,
dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Pisah

Sulaiman menelefon anak bongsunya Ali di Amerika, " mak dan abah akan berpisah".
Ali gempar dan berkata ,"betul ke? Nanti Ali telefon kakak di Florida,
kami akan balik ke Malaysia". (mereka sudah 5 tahun tidak pernah pulang).
Sulaiman letak telefon dan berkata pada isterinya ," Anak-anak kita balik Hari Raya ni." Mereka tersenyum.

Cucur Udang

Seorang lelaki yg kelaparan di bulan puasa telah memarahi makcik yg
jual kuih cucur udang kerana takde udang sekor pun kat dlm kuih tu...

LELAKI : Apa la makcik ni cekik darah...!!!!! Nak pegi haji cepat pun,
takkan la jual cucur udang tapi sekor udang pun tak nampak.... Cucur
udang amende mcm ni....

Dgn cool & slumber rock, makcik tu jawab :-

MAKCIK : Ko penah nampak tak ada badak dalam cucur badak...?