Do use me

Google

Monday, January 15, 2007

Dah lembu tu lembu gak...

Alkisahnya, Lembu yg satu ni telah pergi kekedai emas. "Cik, ada
rumput tak?", tanya si Lembu ni. "Oit? Ni kedai emaslah. Kami tak
jual rumput!", kata tuanpunya kedai emas itu. Hari kedua pun gitu, si
Lembu itu bertanya "ada rumput tak?"..

Ish. entah apa gamaknya, Hari2 lembu ni pergi kedai emas itu dan
bertanya soalan yang sama. "ada rumput tak?", Sampai naik fed up tuan
punya kedai itu. Pada hari yg ke 14, dek sebab bosan sangat, tuan
punya kedai itu telah memberi amaran pada si lembu ni, "kalau ko
sebut lagi rumput, aku akan ikat kaki tangan ko dengan tali belati
dan pastu aku akan sembelih ko dengan kapak", kata tuanpunya kedai
emas itu dengan amat marahnya!

dua minggu, Si Lembu tak menjengah kedai emas itu. Entahkan takut
entahkan sakit. sampai naik rindu pulak situan kedai itu.

Namun pada hari ke 14 berikutnya, si Lembu itu muncul kembali. "cik!
ada tali belati tak?", tanya si Lembu itu. "Tak ada! kami jual emas
sahaja", jawab tuanpunya kedai itu.
"ada kapak tak?", tanya lembu iu lagi.
"TAk ada!.... Eh yg ko tanya tali belati dan kapak ni, apasal?",
tanya tuan kedai

"ada rumput tak?", tanya si Lembu

LOmbo tu cam siott!!! wakakakkakak!!!! akhirnya nak gak tanya pasai rumput..
Kalo dah dasar lombu tu... lombu gak...wakakakak!!!!

No comments: