Do use me

Google

Monday, January 15, 2007

Hak sape?

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .

Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

Jawab kadi.."Hak kamu le.."

Jantan tu kata lak.."Hah... sama le kes ni pun..."

Viagra

seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'.

'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut.

'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!'

'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi.

'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'.

sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?'

'oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.

'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.

'yelah.. mana saya nak letak muka denpan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama

Burung

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu
pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah
keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan
mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "bukan
itu maksud saya"

Lalu di ajukan soalan yang lain.. "maksud saya adalah, siapa yang pernah
lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya
masih tidak betul, maka dengan muka merah
padam dia menyambung "maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi di cuba
bertanya "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan
miliknya"

Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga
makin gugup, segera berkata lagi "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu
pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung
saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang
lain, maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut
lari, menyesal tanya.